Tuesday, October 13, 2009
Aktiviti water confident telah berjaya di harungi oleh peserta prasekolah sk serikaya. Mulanya gamat tapi berakhir dengan gerak perlahan yang sangat confident oleh peserta ini. Syabass beteh...
Peserta dibawa ke tepi laut untuk melakukan aktiviti 'Water Confident'. Persediaan peralatan keselamatan sudah siap sedia di pasang. "Skuad Bersedia".
Peserta dibawa ke tepi laut untuk melakukan aktiviti 'Water Confident'. Persediaan peralatan keselamatan sudah siap sedia di pasang. "Skuad Bersedia".
Aktiviti Kanak-kanak Prasekolah
Peserta cilik ini sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan di pentas utama Pusat Kokurikulum Negeri bertempat di Pulau Pangkor. Kumpulan tari ini di anggotai seramai 4 orang peserta dibawah pimpinan Pn Zakiah selaku guru kelas prasekolah Sk Serikaya. Kumpulan tari ini dikenali sebagai kumpulan Tunas Ya Maulai
Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Program pendidikan prasekolah adalah program tidak formal bagi kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Program ini menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Sejak tahun 1950-an lagi pendidikan prasekolah di Malaysia telah dijalankan di kawasan bandar oleh pihak swasta pada tahun 1970-an oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan memberi tumpuan pada murid di kawasan luar bandar. Manakala Jabatan Perpaduan Negara pula memberi tumpuan kepada murid-murid miskin di pinggir bandar pada tahun 1980-an. Program ‘Annex’ anjuran Kementerian Pendidikan sudah dimulakan pada tahun 1992 bagi menambah peluang kepada 53% kanak-kanak yang memiliki latar belakang yang tidak mengizinkan mereka mendapat pendidikan prasekolah atau tadika.Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan. Ini menyebabkan kanak-kanak dididik dengan pelbagai acuan dan tidak menepati kehendak negara yang sedang membangun. Menyedari keadaan ini buku yang bertajuk Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah dihasilkan sebagai bahan rujukan kepada pusat-pusat pengajian dan guru-guru prasekolah Malaysia. Buku ini merangkumi buku yang sudah dihasilkan oleh penulis-penulis yang ber-pengalaman dalam kaunseling dan pendidikan prasekolah Malaysia.Buku ini mendedahkan para guru kepada beberapa pendekatan aktiviti serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran serta beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum di tadika.
Monday, October 12, 2009
Selamat Datang
Selamat datang ke laman web rasmi prasekolah sk serikaya.
Disini anda akan dapat info terkini dan berkongsi pendapat bersama kami. jadi tubggu apa lagi jom sertai kami
Disini anda akan dapat info terkini dan berkongsi pendapat bersama kami. jadi tubggu apa lagi jom sertai kami
Subscribe to:
Posts (Atom)