Tuesday, October 13, 2009

Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Program pendidikan prasekolah adalah program tidak formal bagi kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Program ini menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Sejak tahun 1950-an lagi pendidikan prasekolah di Malaysia telah dijalankan di kawasan bandar oleh pihak swasta pada tahun 1970-an oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan memberi tumpuan pada murid di kawasan luar bandar. Manakala Jabatan Perpaduan Negara pula memberi tumpuan kepada murid-murid miskin di pinggir bandar pada tahun 1980-an. Program ‘Annex’ anjuran Kementerian Pendidikan sudah dimulakan pada tahun 1992 bagi menambah peluang kepada 53% kanak-kanak yang memiliki latar belakang yang tidak mengizinkan mereka mendapat pendidikan prasekolah atau tadika.Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan. Ini menyebabkan kanak-kanak dididik dengan pelbagai acuan dan tidak menepati kehendak negara yang sedang membangun. Menyedari keadaan ini buku yang bertajuk Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah dihasilkan sebagai bahan rujukan kepada pusat-pusat pengajian dan guru-guru prasekolah Malaysia. Buku ini merangkumi buku yang sudah dihasilkan oleh penulis-penulis yang ber-pengalaman dalam kaunseling dan pendidikan prasekolah Malaysia.Buku ini mendedahkan para guru kepada beberapa pendekatan aktiviti serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran serta beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum di tadika.

No comments:

Post a Comment